Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Malaysia Datuk Roselan Johar Mohamed berkata gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis lepas adalah pengajaran berharga untuk semua.
Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak beliau berharap insiden itu tidak akan berulang memandangkan 'Sabah menyasarkan untuk menjadi hab pengangkutan udara di Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Bagaimanapun, Roselan, yang memainkan peranan penting dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan keperluan meningkatkan hubungan udara di rantau ini, berkata pihak yang berkenaan harus ikhlas menerima kritikan dengan hati yang terbuka, memandangkan insiden gangguan elektrik di landasan KKIA adalah serius, untuk kebaikan rakyat, kerajaan negeri dan negara.
"Gangguan elektrik ini adalah sesuatu yang tidak harus berlaku, jika pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara berjadual.
"Walaupun mereka tidak melihat sebarang kerosakan, ia masih perlu diperiksa dan diselia secara berterusan iaitu melakukan kerja-kerja penyelenggaraan rutin," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Roselan berkata masalah besar yang dihadapi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ialah 'mereka sering ambil mudah dan semuanya akan berjalan baik'.
Beliau berkata: "Jika mereka beranggapan perkhidmatan penyelenggaraanadalah mahal, tetapi jika berlaku sesuatu insiden kos yang ditanggung lebih mahal. Gangguan elektrik ini adalah insiden bencana yang tidak dijangka, apatah lagi terpaksa menanggung malu atau membabitkan reputasi negara.
"Mereka harus melakukan sesuatu. Kita tidak boleh biarkan perkara ini senyap begitu sahaja. Seseorang mesti bertanggungjawab. KKIA harus dikendalikan oleh profesional dan kali ini mereka telah melakukan kesilapan," katanya.
Jelas insiden itu telah membangkitkan kemarahan banyak pihak di Sabah, bukan sahaja penumpang yang terjejas tetapi juga pemimpin negeri.
Antaranya anggota Parlimen Putatan Datuk Dr Marcus Mojigoh yang mencadangkan
Datuk Seri Kong Cho Ha gagal sebagai Menteri Pengangkutan dan harus meletakkan jawatan berhubung masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA di sini pada Khamis dan Jumaat.
Mojigoh dipetik dalam akhbar tempatan semalam, menggesa Kong supaya turun padang dan melihat sendiri masalah berkenaan yang menyebabkan gangguan elektrik di sepanjang landasan KKIA, yang merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini.
Pada Sabtu, Kong mengarahkan siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan KKIA dan menambah beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan dalam kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Malaysia Airports Berhad (MAB) pada Sabtu dipetik sebagai berkata masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA telah mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.
Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada 9.30 malam Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih.
Bernama
Mon Oct 29 2012
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sidang Kemuncak ASEAN ke-42: PM Anwar gembira dengan kemajuan ketara BIMP-EAGA
Beliau berkata negara anggota memuji komitmen teguh pemain utama pelancongan BIMP-EAGA dalam menggiatkan semula industri melalui penyelesaian inovatif.
BIMP-EAGA komited pertingkat, kukuhkan perkongsian dengan Rakan Pembangunan
Kerjasama sedia ada termasuk kajian kemungkinan ekonomi pekeliling yang memfokuskan kepada PKS di Malaysia.
Isu MA63 tidak timbul jika Sabah, Sarawak dapat peruntukan & kemajuan setara - Pandikar Amin
Isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak akan timbul sekiranya Sabah dan Sarawak menerima peruntukan serta kemajuan setara dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Keselamatan sempadan dan pembangunan ekonomi tumpuan pertemuan wakil BIMP-EAGA
Isu berkaitan keselamatan dan pembangunan ekonomi dibincangkan lebih lanjut semasa kunjungan hormat kepada Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
BIMP-EAGA: Strategi pertumbuhan sedang dirangka bantu lonjak prestasi Sabah - Pandikar Amin
Usaha memperkasa tindakan-tindakan itu akan dilaksanakan dari masa ke semasa dalam memastikan rakyat Sabah terus menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Gangguan elektrik di KKIA, pengajaran berharga
Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Malaysia Datuk Roselan Johar Mohamed berkata gangguan elektrik di landasan Lapangan Terbang KKIA Khamis lepas adalah pengajaran berharga