MALAYSIA
Gangguan elektrik di KLIA2 pada Ogos lalu berpunca arus edaran di laluan kabel - MOT
Kementerian Pengangkutan berkata, laluan berkenaan berfungsi untuk membekalkan kuasa ke terminal dengan pencawang 11 kilowatt (kV) di terminal itu sendiri. - Gambar hiasan/Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Hasil siasatan teknikal Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mendapati gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) pada 28 Ogos lalu berpunca daripada arus edaran yang terhasil di sepanjang laluan kabel antara Pencawang 33 kilowatt (kV).
Ringkasan AI
Laluan berkenaan berfungsi untuk membekalkan kuasa ke terminal dengan pencawang 11 kilowatt (kV) di terminal itu sendiri.
Kementerian Pengangkutan memberitahu, keadaan itu menyebabkan pemanasan setempat pada penamatan kabel sehingga berlaku flashover.
"Selain itu, faktor rintangan tanah yang tinggi turut menyumbang secara tidak langsung dengan menghalang pelepasan arus ke bumi secara berkesan, sekali gus meningkatkan tekanan haba pada kabel pelindung," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kementerian Pengangkutan memberitahu, bagi menanganinya, pasukan teknikal MAHB melaksanakan beberapa langkah pembaikan segera termasuk semua penamatan kabel diperiksa dan dibaiki, manakala sarung pembatas voltan dipasang di lokasi pendawaian silang untuk mengurangkan kesan arus edaran.
"Selain itu, pemasangan pembumian turut dinilai semula dan dikonfigurasi bagi memastikan keselamatan sistem. Rejim penyelenggaraan juga diperbaiki dengan memasukkan ujian separa nyahcas serta pemeriksaan termografi ke dalam pelan penyelenggaraan pencegahan kabel kuasa," kata kenyataan itu.
Bagi langkah penambahbaikan jangka panjang, Kementerian Pengangkutan memberitahu, MAHB mengenal pasti beberapa tindakan penting termasuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan Automatic Transfer Switch (ATS) untuk mempercepatkan bekalan kuasa sokongan serta mengoptimumkan penggunaan generator bagi melindungi lebih banyak perkhidmatan kritikal.
Pada masa sama katanya, jadual penyelenggaraan Planned Preventive Maintenance (PPM) bagi ujian beban genset di Gateway@klia2 dipendekkan daripada tiga bulan kepada dua bulan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan pengesanan awal insiden flashover.
"Kajian menyeluruh mengenai rintangan tanah sepanjang laluan kabel, termasuk analisis bermusim dan keberkesanan sistem pembumian serta cross bonding turut dilaksanakan," ujarnya.
Kata kenyataan itu lagi, MAHB mengesahkan tiada operasi kritikal lapangan terbang yang terjejas akibat insiden tersebut.
Kementerian Pengangkutan menegaskan pemantauan terhadap pelaksanaan langkah-langkah susulan oleh MAHB akan diteruskan bagi memastikan tahap keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem di KLIA sentiasa berada pada tahap terbaik.
Kenyataan itu turut menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan perkhidmatan penerbangan negara sentiasa selamat, efisien dan diyakini, demi mengekalkan keyakinan penumpang serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan serantau.
Insiden kira-kira pukul 2.15 petang itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama 28 minit di terminal tersebut.
Ringkasan AI
- Gangguan elektrik KLIA T2 berpunca daripada arus edaran di laluan kabel antara pencawang 33kV, menyebabkan pemanasan setempat dan flashover; rintangan tanah tinggi turut menyumbang.
- MAHB ambil langkah pembaikan segera termasuk pemeriksaan penamatan kabel, pemasangan sarung pembatas voltan, konfigurasi semula pembumian dan penambahbaikan rejim penyelenggaraan.
- Langkah jangka panjang meliputi kajian pemasangan Automatic Transfer Switch (ATS), jadual ujian genset dipendekkan, serta analisis rintangan tanah; tiada operasi kritikal terjejas.
Laluan berkenaan berfungsi untuk membekalkan kuasa ke terminal dengan pencawang 11 kilowatt (kV) di terminal itu sendiri.
Kementerian Pengangkutan memberitahu, keadaan itu menyebabkan pemanasan setempat pada penamatan kabel sehingga berlaku flashover.
"Selain itu, faktor rintangan tanah yang tinggi turut menyumbang secara tidak langsung dengan menghalang pelepasan arus ke bumi secara berkesan, sekali gus meningkatkan tekanan haba pada kabel pelindung," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Kementerian Pengangkutan memberitahu, bagi menanganinya, pasukan teknikal MAHB melaksanakan beberapa langkah pembaikan segera termasuk semua penamatan kabel diperiksa dan dibaiki, manakala sarung pembatas voltan dipasang di lokasi pendawaian silang untuk mengurangkan kesan arus edaran.
"Selain itu, pemasangan pembumian turut dinilai semula dan dikonfigurasi bagi memastikan keselamatan sistem. Rejim penyelenggaraan juga diperbaiki dengan memasukkan ujian separa nyahcas serta pemeriksaan termografi ke dalam pelan penyelenggaraan pencegahan kabel kuasa," kata kenyataan itu.
Bagi langkah penambahbaikan jangka panjang, Kementerian Pengangkutan memberitahu, MAHB mengenal pasti beberapa tindakan penting termasuk mengkaji kebolehlaksanaan pemasangan Automatic Transfer Switch (ATS) untuk mempercepatkan bekalan kuasa sokongan serta mengoptimumkan penggunaan generator bagi melindungi lebih banyak perkhidmatan kritikal.
Pada masa sama katanya, jadual penyelenggaraan Planned Preventive Maintenance (PPM) bagi ujian beban genset di Gateway@klia2 dipendekkan daripada tiga bulan kepada dua bulan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan pengesanan awal insiden flashover.
"Kajian menyeluruh mengenai rintangan tanah sepanjang laluan kabel, termasuk analisis bermusim dan keberkesanan sistem pembumian serta cross bonding turut dilaksanakan," ujarnya.
Kata kenyataan itu lagi, MAHB mengesahkan tiada operasi kritikal lapangan terbang yang terjejas akibat insiden tersebut.
Kementerian Pengangkutan menegaskan pemantauan terhadap pelaksanaan langkah-langkah susulan oleh MAHB akan diteruskan bagi memastikan tahap keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem di KLIA sentiasa berada pada tahap terbaik.
Kenyataan itu turut menekankan komitmen kerajaan untuk memastikan perkhidmatan penerbangan negara sentiasa selamat, efisien dan diyakini, demi mengekalkan keyakinan penumpang serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan serantau.
Insiden kira-kira pukul 2.15 petang itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama 28 minit di terminal tersebut.

#gangguan bekalan elektrik
#Kementerian Pengangkutan
#KLIA2
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#laluan kabel