[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Gangguan IT global: Operasi perniagaan, perkhidmatan TM tidak terjejas

Bernama 19/07/2024 | 16:28 MYT
Dalam kenyataannya, TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) memberi jaminan kepada para pelanggan dan pihak berkepentingannya bahawa operasi perniagaan dan perkhidmatan kumpulan itu tidak terjejas susulan insiden gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global yang menjejaskan banyak organisasi di serata dunia pada Jumaat.
Dalam kenyataannya, TM berkata pihaknya telah mengesan isu itu secara proaktif dan menguruskannya dengan lancar.
"Kami akan terus memantau keadaan dan berkongsi sebarang kemas kini berkaitan sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian," katanya.
-- BERNAMA
#gangguan IT global #Telekom Malaysia #tidak terjejas #perkhidmatan TM