KUALA TERENGGANU: Gangguan kualiti air berpunca daripada penerobosan air masin pada muka sauk Pulau Musang melibatkan tangki Bukit Kecil dan tangki Bukit Losong sejak beberapa hari lalu menjejaskan 31,750 akaun pengguna di daerah ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Abdul Karim Endut berkata, fenomena air pasang surut dijangka berlaku sehingga Mac nanti dan pengguna akan berisiko mengalami gejala air masin atau payau sepanjang tempoh tersebut.
"Seperti sebelum ini, Satu akan bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meningkatkan aliran air hulu sungai bagi mengurangkan kesan air pasang besar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.
Menurut beliau, Satu telah menerima bantuan daripada Stesen Janakuasa Elektrik TNB Tasik Kenyir bagi melepaskan air daripada empangan Kenyir untuk menolak kemasukan air masin dalam memastikan kualiti air yang dibekalkan pengguna tidak terjejas.
"Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.
"Bacaan tahap kemasinan air yang dibekalkan juga akan dipantau dari semasa ke semasa," katanya.
Gangguan kualiti menyebabkan air bertukar payau itu melibatkan 24 kawasan daerah ini iaitu Kampung Losong, Kampung Kubang Buyong, Kampung Paloh, Kampung Pulau Rusa, Kampung Kuala Bekah, Kampung Pulau Musang, Kampung Sungai Rengas, Kampung Kubang Tangga, Kampung Durian Burung, Kampung Bukit Kubang Jambu, Kampung Wakaf Che Kapur, Kampung Kubang Parit.
Turut terjejas ialah Kampung Pulau Kambing, Chabang Tiga, Kampung Tokku, Kampung Seberang Baroh, Kampung Hiliran, Kampung Bukit Kecil, Kampung Pasir Panjang, Kampung Gong Kapas, Kampung Panji Alam, Kampung Gong Pak Maseh, Jalan Budiman dan kawasan sekitar.
"Satu akan memaklumkan perkembangan lanjut situasi ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi kami seperti laman sesawang www.satuwater.com, my, aplikasi MySATU, Facebook, Instagram dan Linkedin.
"Pengguna juga boleh hubungi careline di talian 1300-88-2111 jika mempunyai sebarang pertanyaan dan aduan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022

Gangguan kualiti menyebabkan air bertukar payau itu melibatkan 31,750 akaun pengguna di Kuala Terengganu. -Gambar hiasan

Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Paip terputus, tiga kawasan di Dungun alami gangguan air
Dua paip utama berukuran 700mm yang menyalurkan air dari LRA Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian.

Gangguan kualiti air jejaskan 31,750 akaun pengguna di Terengganu
Fenomena air pasang surut dijangka berlaku sehingga Mac nanti dan pengguna akan berisiko mengalami gejala air masin atau payau sepanjang tempoh tersebut.

24 kawasan di Kuala Terengganu alami gangguan kualiti air
Pihak TNB sedia maklum mengenai situasi ini dan air akan dilepaskan lapan jam sebelum waktu pasang tinggi berlaku.

Penduduk Terengganu merayu masalah bekalan air diselesaikan segera
Tanpa menuding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak, pengguna berharap masalah yang membebankan mereka itu akan berakhir.

Paip dasar Sungai Terengganu pecah lagi
Selepas 10 hari siap dibaiki, paip bersaiz 1,200 milimeter (mm) di dasar Sungai Terengganu dilaporkan pecah lagi pada Isnin.

Semak SOP untuk situasi krisis luar jangka, tambah alternatif sumber air baharu
SOP itu akan membolehkan SATU bertindak dengan lebih teratur dan menggunakan semua alternatif yang ada untuk membekalkan air bersih.

Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini
Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, hari ini.

SAINS hantar bantuan lori tangki air kepada penduduk di Kuala Nerus
Dua kakitangan dan sebuah lori tangki bergerak ke Terengganu pagi ini bagi membantu syarikat tersebut membuat pengagihan bekalan air.

Gangguan bekalan air di Kuala Nerus, Kuala Terengganu pulih tiga atau empat hari lagi
Masalah gangguan bekalan air disebabkan oleh pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu itu agak rumit dan memerlukan kontraktor berpengalaman serta kepakaran tinggi.

Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah
Sebanyak 2,000 kit melibatkan peruntukan hampir RM600,000 diagihkan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen di Terengganu.