Gangguan LRT Kelana Jaya: Komponen sistem PIES disambar petir

Astro Awani
November 29, 2022 11:40 MYT
Menurut Rapid Rail, kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada jam 5.46 petang Selasa.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, gangguan ini berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Passenger Intrusion Emergency Stop (PIES) yang teraktif (activated) dan secara tiba-tiba dipercayai telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi yang menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.
Menurut Rapid Rail, kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.

2/2 Ini berikutan terdapat gangguan pada sistem keselamatan (PIES) yang telah disambar kilat yang mengganggu frekuensi tren. Kerja baikpulih sedang giat dijalankan. Terima kasih atas kesabaran anda dan kami memohon maaf atas kesulitan.

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual dan mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen.

1/2 29 November 2022 (7.00 petang): Kemaskini kekerapan semasa. Laluan LRT Kelana Jaya: Jangkaan kekerapan 8 minit di beberapa stesen di antara Kerinchi ke Ampang Park kerana sebuah tren dibawa keluar daripada perkhidmatan.

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Kemaskini Laluan LRT Kelana Jaya: Bas perantara percuma disediakan antara Stesen Bangsar ke Pasar Seni LRT Bangsar - LRT Pasar Seni 1) WUX5708 2) WVC3984 Sila dapatkan Petugas Stesen atau Polis Bantuan di stesen untuk bantuan. Ikuti kami untuk perkembangan selanjutnya.

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) November 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.
Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna.
#Rapid Rail Sdn Bhd #LRT Laluan Kelana Jaya #Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang #PIES