KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) akan meneliti secara terperinci berhubung isu gangguan seksual yang dikatakan dialami bekas perenang negara Cindy Ong ketika bergelar atlet negara.
Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata beliau sudah pun menghubungi Cindy dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersamanya dalam masa terdekat bagi melihat dengan lebih mendalam mengenai perkara itu.
"Sehingga perbincangan tersebut diadakan, pengurusan MSN berharap agar kita termasuk Cindy diberikan sedikit ruang bagi kita meneliti pendekatan terbaik menangani isu tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan MSN hari ini.
Sebuah portal berita pada Selasa lepas melaporkan pendedahan Cindy dan seorang lagi bekas perenang yang mendakwa mengalami gangguan dan serangan seksual selama bertahun-tahun ketika bergelar perenang negara.
Perkara itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican lantas mengarahkan pegawainya dan MSN untuk menghubungi dan membantu bekas perenang negara tersebut.
Pada masa sama, dalam kenyataan itu pengurusan MSN menegaskan bahawa setiap individu yang telah dan sedang terlibat dalam program latihan persediaan atlet di bawah MSN mempunyai pelbagai saluran untuk mengemukakan sebarang aduan berkaitan salah laku atau gangguan dalam sukan.
Antara platform diwujudkan di bawah MSN adalah Jawatankuasa Perwakilan Atlet yang bermula pada 2016 yang diwakili seorang wakil atlet atau ketua pasukan daripada setiap sukan bagi mengetengahkan apa-apa perkara dan isu mahupun permasalahan.
"Sama ada dari segi kebajikan, perkhidmatan sokongan dan latihan sukan masing-masing supaya program latihan mereka berjalan lancar," kata Ahmad Shapawi.
Sementara itu, beliau berkata Lembaga Pengurus MSN yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan telah menubuhkan Jawatankuasa Salah Laku dan Perlindungan Dalam Sukan melalui Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet Malaysia (MACE)-MSN.
Katanya talian careline bagi sebarang aduan yang boleh dikemukakan oleh atlet/jurulatih/pegawai sukan di bawah program MSN turut diwujudkan pengurusan MSN dan sebarang aduan boleh dikemukakan melalui e-mel kepada [email protected] atau melalui no telefon, 03 - 8992 9778 / 8992 9809.
Ahmad Shapawi berkata Suruhanjaya Atlet yang berada di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga boleh dijadikan satu daripada platform alternatif bagi atlet untuk menyuarakan sebarang permasalahan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.
Dalam pada itu, beliau berkata pengurusan MSN telah memperhebatkan kempen kesedaran kepada atlet dan jurulatih berkaitan gangguan seksual dalam kalangan atlet atau pegawai sukan.
Beliau berkata atlet juga boleh melaporkan sebarang ketidakselesaan mereka melalui jurulatih dan pegawai sukan daripada persatuan sukan kebangsaan atau Institut Sukan Negara bagi membincangkan sebarang permasalahan berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Program (JKP) yang dilaksana secara berkala dari semasa ke semasa.
"Pengurusan MSN berharap keluarga terdekat atlet juga boleh memainkan peranan sekiranya atlet ada merasakan ketidakselesaan atau keselamatan mereka terancam. Mereka disaran melaporkan segera kepada pihak berkuasa melalui saluran undang-undang sedia ada," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021

MSN akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Cindy dalam masa terdekat. - Gambar/ IG @cindy_ong_swimmer

Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL - Rosmadi
Rosmadi berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia.

Giggs yakin Manchester United mampu jinakkan Spurs di final UEL
Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs yakin bekas pasukannya itu mampu mengatasi Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa UEFA (UEL) pada Khamis ini.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.

Nahas FRU: KPWKM teliti bantuan JKM yang akan disalur - Nancy
KPWKM sedang meneliti bantuan kewangan menerusi JKM yang akan disalur kepada waris sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Konsep Piala Dunia 2025 mirip Sukan Komanwel 2026 - PLBM
Malaysia menjadi negara pertama menguji penggunaan gelanggang mudah alih atau portable ring mengikut piawaian antarabangsa.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April - Akauntan Negara
Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Majlis Belia pentas anak muda bina bangsa MADANI
Majlis Belia perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima dan mencari pandangan belia dari luar tembok organisasi MBWP.

Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual.

CPS lancar gerakan nasional lindungi remaja daripada jenayah seksual
Childrens Protection Society (CPS Kuala Lumpur) melancarkan Program Kewibawaan Remaja: Taklimat Keselamatan Diri & Batas Pergaulan dalam usaha memperkukuh perlindungan terhadap remaja.

Polis sahkan penahanan guru lelaki disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah swasta ditahan polis kerana disyaki melakukan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar perempuan di sekolah berkenaan.

Guru ditahan disyaki lakukan gangguan seksual terhadap pelajar
Guru berusia 34 tahun itu ditahan selepas polis menerima dua aduan, masing-masing daripada seorang pelajar dan seorang bekas pelajar.

Tolak stigma, tuntut keadilan: Seruan tindakan segera untuk pendidikan seksualiti komprehensif
Terdapat keperluan yang mendesak pastikan akses pendidikan terhadap kepada hak kesihatan seksual dan reproduktif (SRHR) yang menyeluruh.

Gangguan seksual remaja perlu ditangani secara bersepadu, holistik - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, laporan mengenai peningkatan kes rogol dan sumbang mahram membabitkan remaja bawah umur sangat membimbangkan.

Warga asing cuba cabul kanak-kanak perempuan ditahan
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(a)(2) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Hukuman lebih berat terhadap bapa tiri eksploitasi anak tiri - Nancy
Nancy berharap pihak yang bertanggungjawab dapat merayu terhadap hukuman berkenaan menggunakan ruang yang ada.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.