Beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan sementara bekalan air mulai 9 pagi hingga 11 malam, Khamis ini.

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan itu adalah akibat kerja menaik taraf sistem bekalan air iaitu 'Strainer' di Kolam Imbangan Pudu Hulu Baru.

Kawasan yang terlibat ialah Taman Bukit Permai; Taman Mastika; Kampung Cheras Baru (Bukit A,B,C); Taman Lembah Maju; Taman Pandan Mewah; Taman Putra; Taman Mawar; Taman Muda; Taman Teratai; Taman Saga; Taman Melur; Taman Mega Jaya dan Taman Seraya.

"Sebanyak 17,388 jumlah akaun yang terlibat," katanya.

Kenyataan itu menasihati pengguna agar menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5522 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau layari laman web, www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan 'facebook' dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.