MALAYSIA
Gangguan sistem 'autogate' KLIA: Tiada unsur sabotaj, serangan siber dikesan - KP AKPS
Kesemua sistem pagar automatik untuk pelawat asing yang terjejas sebelum ini kini kembali beroperasi sepenuhnya. - Gambar fail/ Bernama
SEPANG: Tiada unsur sabotaj atau serangan siber dikesan setakat ini sebagai punca gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing, kata Ketua Pengarah (KP) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ringkasan AI
Beliau berkata isu itu disyaki berpunca daripada gangguan integrasi data antara Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan pangkalan data keselamatan sebuah agensi penguat kuasa antarabangsa yang menyebabkan proses semakan silang menjadi perlahan.
"Perkara itu (serangan siber) kita tidak lihat lagi pada masa ini. Biar kami lakukan kerja kami dan mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata kesemua sistem pagar automatik untuk pelawat asing yang terjejas sebelum ini kini kembali beroperasi sepenuhnya.
Beliau berkata pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku akibat gangguan sistem berkenaan dan berusaha memastikan perkara itu tidak berulang lagi.
Gangguan sistem pagar automatik dilaporkan berlaku sejak Jumaat lepas dan berlarutan sehingga petang semalam.
Kesesakan dan barisan menunggu yang panjang dilaporkan di beberapa lokasi utama termasuk KLIA Terminal 1 dan 2 serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor.
Susulan itu, AKPS telah mengambil langkah mitigasi bagi melancarkan aliran pelawat termasuk pengaktifan semua kaunter manual dan penugasan anggota tambahan di pintu-pintu masuk terjejas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan tiada unsur sabotaj atau serangan siber dikesan sebagai punca gangguan sistem pagar automatik (autogate) untuk pelawat asing. Gangguan disyaki berpunca daripada masalah integrasi data antara Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) dan pangkalan data keselamatan agensi antarabangsa.
- Sistem autogate yang terjejas kini telah kembali beroperasi sepenuhnya. AKPS memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berusaha memastikan gangguan seperti ini tidak berulang.
- Gangguan sistem sejak Jumaat lalu menyebabkan kesesakan di KLIA Terminal 1 dan 2 serta di CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor. Sebagai langkah mitigasi, semua kaunter manual diaktifkan dan anggota tambahan ditugaskan di pintu masuk terjejas.