Gangguan sistem yang berlaku di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 sejak Rabu malam menyebabkan beberapa urusan biasa bagi pihak lapangan terbang dan penumpang terjejas.
Antara yang mengalami gangguan adalah sistem sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
Atas sebab itu, penumpang dinasihatkan agar mengikuti langkah-langkah yang diarahkan Malaysia Airports Berhad (MAHB) bagi mengurangkan kesesakan dan kesulitan di lapangan terbang berkenaan.
BACA: KLIA alami gangguan sistem
Berikut adalah lima perkara yang anda perlu tahu setakat ini, lebih-lebih lagi jika mempunyai urusan penerbangan:
1) Kedua-dua terminal utama KLIA mengalami gangguan sistem secara tidak konsisten sejak malam Rabu, menjejaskan kira-kira 20 penerbangan domestik dan antarabangsa yang berjadual berlepas pada pagi Khamis. 2) Gangguan sistem ini mengakibatkan sekatan pada laman web rasmi MAHB. Para penumpang yang ingin mendaftar penerbangan dalam talian harus membuat pendaftaran melalui aplikasi atau laman web syarikat penerbangan masing-masing.
3) Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS) turut menasihati para pelanggan supaya tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam awal supaya proses penghantaran bagasi dapat dilalukan tanpa gangguan.
4) Aplikasi MYairports juga kini mengalami sekatan, para penumpang dinasihati agar menghubungi kakitangan lapangan terbang jika perlukan bantuan.
5) Gangguan tidak konsisten yang menjejaskan sistem transaksi kad kredit di semua outlet makanan dan minuman di KLIA menyebabkan semua pelanggan perlu menggunakan transaksi tunai.
Pihak MAHB memohon maaf atas kesulitan yang dialami para penumpang, dan kini bekerja keras untuk mengatasi isu gangguan dengan segera.
Difahamkan, masalah gangguan sistem di kedua-dua terminal lapangan terbang itu sedang diatasi secara berperingkat.
Saraya Mia
Thu Aug 22 2019
Pihak MAHB turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami para penumpang, dan kini bekerja keras untuk mengatasi isu gangguan ini dengan segera. - Bernama
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri Timor-Leste berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa
Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.
Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.