MALAYSIA
Gangguan sistem semboyan: Kerja baik pulih MRT Laluan Putrajaya masih dijalankan
Penumpang MRT yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen atau polis bantuan yang berada di stesen. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja baik pulih sistem semboyan di transit aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya masih giat dijalankan susulan gangguan yang berlaku sejak semalam.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan pasukan teknikal di lokasi pada malam tadi mendapati terdapat lebih banyak kabel gentian optik yang dipotong dipercayai akibat dicuri, memerlukan proses pembaikan menyeluruh bagi memastikan operasi kembali stabil dan selamat.
"Berikutan itu, tren dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral dipandu secara manual, menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen. Kekerapan tren dijangka setiap 20 hingga 30 minit," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, bagi membantu penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, perkhidmatan bas perantara ulang-alik percuma disediakan dari Stesen Kwasa Damansara ke Stesen Putrajaya Sentral dengan kekerapan bas dijangka setiap 15 hingga 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.
Menurut kenyataan itu, penumpang yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen atau polis bantuan yang berada di stesen.
Rapid Rail juga menasihati penumpang supaya merujuk laman media sosial Rapid KL dan aplikasi PULSE bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, selain disaran merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan alternatif pengangkutan lain bagi mengelakkan kelewatan.
"Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan amat menghargai kesabaran dan kerjasama daripada semua pengguna sepanjang tempoh gangguan ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA