MALAYSIA
Gangguan teknikal sistem eGate BSI libat pemegang pasport asing sahaja
AKPS memaklumkan tindakan pembaikan serta pemantauan bagi menangani isu itu sedang giat dijalankan bersama-sama Jabatan Imigresen Malaysia. - Bernama
JOHOR BAHRU: Sistem eGate di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang sedang mengalami gangguan teknikal hanya melibatkan pemegang pasport asing dan tidak menjejaskan warganegara Malaysia.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) BSI menerusi hantaran Facebook bagaimanapun memaklumkan setakat ini, keadaan di semua zon terkawal dan pergerakan pengembara berjalan lancar.
"Bagi pemegang pasport asing, bantuan dan panduan akan diberikan untuk menggunakan eGate di lokasi Dewan Bas Masuk eGate 19, 20, 21 dan 22 serta Dewan Bas Keluar e-Gate 5, 6, 7 dan 8.
"Sebagai langkah mengurangkan kesesakan, pelawat asing dinasihatkan memuat turun aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi menggunakan kaunter QR dan manual yang disediakan," menurut hantaran itu.
AKPS memaklumkan tindakan pembaikan serta pemantauan bagi menangani isu itu sedang giat dijalankan bersama-sama Jabatan Imigresen Malaysia.
AKPS meminta semua pihak untuk mematuhi semua panduan dan arahan berkaitan serta memberi laluan kepada yang lebih memerlukan demi keselesaan dan keselamatan semua.
Terdahulu, media melaporkan puluhan ribu warga asing terkandas dan beratur panjang di dua pintu masuk darat Malaysia dengan Singapura susulan gangguan teknikal yang menyebabkan kebanyakan pintu automatik imigresen tidak berfungsi hari ini.
-- BERNAMA