awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan telekomunikasi sementara sehingga Jun 2017

Bernama
Bernama
30/11/2016
00:27 MYT
Gangguan telekomunikasi sementara sehingga Jun 2017
Bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum itu kepada orang awam, proses penyusunan semula telah dijadualkan dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi. - Gambar hiasan
Pengguna kemungkinan mengalami gangguan telekomunikasi sementara berikutan kerja-kerja penentukuran semula stesen pangkalan penyedia perkhidmatan bermula September lepas sehingga Jun 2017.
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), dalam kenyataan pada Selasa, berkata kerja-kerja penentukuran semula itu berikutan pelaksanaan pengagihan semula spektrum seperti yang diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Pengguna mungkin akan mengalami gangguan sementara terutama bagi pengguna 2G yang mungkin akan mengalami gangguan perkhidmatan seperti panggilan terputus dan kelewatan menerima teks mesej (SMS) dalam tempoh masa berkenaan," kata CFM.
Menurut kenyataan itu, bagi mengurangkan kesan pelaksanaan proses pemindahan spektrum itu kepada orang awam, proses penyusunan semula telah dijadualkan dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi.
Pengguna yang mengalami gangguan perkhidmatan berpanjangan diminta menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing di talian 1-800-82-112 atau 123 bagi pengguna Maxis, 016-221 1800 (Digi), 019-601 1111 atau 1111 (Celcom) dan 1 800 188 030 (MCMC). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#gangguan telekomunikasi
#pengagihan semula spektrum
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan