MALAYSIA

Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini

Bernama 07/01/2026 | 03:30 MYT
Kerja-kerja berkenaan akan melibatkan kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada dari 10 malam ini hingga 5 pagi esok.
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33, bermula malam ini hingga esok.


Ringkasan AI
  • Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan dijalankan di Laluan Damansara-Subang di KM16.33, bermula malam ini hingga esok.
  • PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan gangguan trafik minimum semasa kerja-kerja tersebut dilaksanakan.
  • Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan serta mematuhi papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan akan melibatkan kedua-dua arah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada dari 10 malam ini hingga 5 pagi esok.

"Kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS, Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.

-- BERNAMA

#NKVE #kesesakan jalan raya #papan iklan #PLUS