[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
GADGETS

Gangguan Tweetdeck di seluruh dunia

Astro Awani 02/10/2019 | 04:55 MYT
Aplikasi web Tweetdeck mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi Selasa menyebabkan ramai pemilik akaun laman sosial itu berdepan kesukaran.
Aplikasi pengurusan akaun media sosial Twitter, Tweetdeck dilaporkan mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi Selasa menyebabkan ramai pemilik akaun laman sosial itu berdepan kesukaran.
Gangguan berkenaan bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh dunia dan pengguna hanya boleh melihat paparan log masuk Tweetdeck.
Menurut Outrage Report, gangguan itu mula dilaporkan di utara dan selatan Amerika, Eropah dan Asia Pasifik.
Gangguan Tweetdeck di seluruh dunia
Pemilik yang cuba mendaftar masuk kemudiannya akan dibawa ke laman normal Twitter untuk web dan gangguan sama masih berlaku sehingga tengah hari.
“Kami sedar akan gangguan yang berlaku di Tweetdeck dan masih melakukan siasatan. Kami akan kemaskini status dari semasa ke semasa,” kata jurucakap Twitter kepada Business Insider.
Jelas sekali, gangguan Tweetdeck nyata menyebabkan ramai pengguna aplikasi itu menghadapi masalah terutama yang menggunakan aplikasi berkenaan untuk menguruskan akaun di platform media sosial yang lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#laman sosial #Malaysia #Media #media sosial #siasatan #Tweetdeck #Twitter