GEORGE TOWN: Sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja dari selatan Thailand tumpas selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas 840 kilogram bernilai RM2.12 juta dalam dua serbuan di Pulau Pinang.
Dalam serbuan itu, lapan individu termasuk dua rakyat Thailand berusia antara 35 hingga 59 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti tersebut turut ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bermula pukul 10.50 malam hingga 1 pagi 11 Jun lalu di Simpang Empat dan Sungai Bakap.
Menurut Ayob Khan, ketika serbuan dilakukan, tujuh daripada suspek sedang memunggah ganja berkenaan dari sebuah lori manakala seorang lagi ditahan di sebuah rumah di Simpang Ampat.
"Dalam serbuan pukul 1 pagi Jumaat itu, semua lelaki tersebut sedang memunggahkan ketulan-ketulan ganja dari sebuah lori ke sebuah rumah di situ sebelum polis merampas 848 ketulan mampat ganja seberat 840kg yang kesemuanya bernilai RM2.12 juta
"Susulan itu, polis menahan seorang lagi lelaki iaitu geng sindiket tersebut di Simpang Ampat, juga di Nibong Tebal. Tiada sebarang rampasan dadah dibuat bersama suspek berkenaan. Semua suspek yang ditahan termasuk dua lelaki Thailand itu berusia 35 hingga 59 tahun," katanya dalam sidang media di IPK Pulau Pinang pada Isnin.
Ayob Khan berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan aktif sejak 2021 dan menggunakan laluan laut dan darat bagi membawa masuk ganja sebelum mengedarkannya untuk pasaran tempatan.
“Sindiket ini telah dikesan sejak 2021 dan modus operandi yang digunakan adalah menyeludup masuk ganja dari selatan Thailand melalui perairan Malaysia dan diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 1.6 juta penagih dadah,” kata Ayob Khan lagi.
Beliau turut memberitahu, siasatan lanjut juga mendapati lima daripada suspek tersebut positif dadah.
Siasatan berhubung kes tersebut, katanya, masih dijalankan dan kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 11 Jun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Ayob Khan, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 yang mana membabitkan sitaan pelbagai aset sindiket termasuk tiga kenderaan yang dianggarkan bernilai RM80,000.
Dalam perkembangan sama, Ayob Khan menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih banyak ganja akan diseludup masuk ke dalam negara selepas Thailand menghalalkan dadah itu di negara mereka.
“Kita sedia maklum Thailand sudah legalised penanaman ganja, pergerakan mereka tidak lagi terhalang, jadi mungkin banyak ganja akan masuk ke negara ini,” jelas beliau lagi.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Jun 13 2022

Ayob Khan Mydin Pitchay (tengah) menunjukkan rampasan ganja bernilai RM2.12 juta kepada wartawan dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Isnin. - Gambar Astro AWANI

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
![AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982197/thumbnails/10997879401660222851157_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [11/08/2022] - Kemuka kepada Jabatan Peguam Negara | Semua positif dadah | Hak fail rayuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1. SPRM sahkan lengkap kertas siasat individu berkaitan LCS 2. 25 individu termasuk Datuk Seri ditahan anjur parti liar 3. Kalau tambat ringgit, undang risiko lebih besar, tegas Zafrul

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

Ganja bernilai RM2 juta dirampas, sindiket dadah antarabangsa tumpas
PDRM rampas 840 kilogram ganja dalam dua serbuan di Pulau Pinang, lapan termasuk dua rakyat Thailand turut ditahan.