awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara curi ikan laga, tiga sekawan diberkas polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/12/2020
09:11 MYT
Gara-gara curi ikan laga, tiga sekawan diberkas polis
Selain itu, ketiga-tiga suspek juga dipercayai terlibat dalam kes mencuri sebatang pokok bonsai dan menjualnya di Facebook minggu lalu. - Astro AWANI/PDRM
KEPALA BATAS:Tindakan tiga sekawan dari Kepala Batas, Pulau Pinang yang nekad mencuri ikan laga membawa padah apabila mereka akhirnya diberkas polis.
Kesemua mereka yang berusia 19, 22 dan 36 tahun itu ditahan selepas mencuri beberapa ekor ikan laga yang dianggarkan bernilai RM500 dari sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas, Pulau Pinang Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemilik ikan laga berusia 17 tahun menyedari ikan laga yang diletakkan di hadapan rumahnya hilang.
Noorzainy berkata, mangsa memaklumkan ibu saudaranya melihat tiga lelaki masuk ke dalam kawasan rumah mangsa kira-kira jam 6 pagi Rabu lalu.
Berikutan itu, mangsa memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki bertopi keledar masuk ke kawasan hadapan rumah tempat dia menyimpan ikan laga.
Noorzainy berkata, suspek dilihat mengambil beberapa ekor ikan menggunakan sauk namun melarikan diri selepas terdengar teguran ibu saudara mangsa.
Siasatan juga mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes mencuri sebatang pokok bonsai dan menjualnya di Facebook minggu lalu.
Noorzainy berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curi ikan laga
#ikan laga
#Kepala Batas
#Tiga sekawan
#polis
#PDRM
#curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan