awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara najis kucing, pemilik bengkel terima 22 jahitan akibat dipukul

Bernama
Bernama
03/01/2016
07:41 MYT
Gara-gara najis kucing, pemilik bengkel terima 22 jahitan akibat dipukul
Hasil siasatan mendapati pertelingkahan itu disebabkan masalah najis kucing yang berlarutan sejak 10 tahun. - Gambar hiasan
Seorang pemilik bengkel menerima 22 jahitan di bahagian kepala akibat cedera dipukul seorang lelaki ekoran berlaku perselisihan faham yang berpunca daripada najis kucing di Taman Bandar Baru dekat Kampar di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata kejadian itu berlaku pada 5 petang semalam, apabila mangsa berusia 52 tahun yang sedang menutup bengkelnya, ternampak suspek membuang najis kucing di belakang premisnya.
Mangsa kemudian pergi mencuci tangan dan ketika itu ada tahi kucing dibuang menerusi lubang kecil berhampiran paip air, lalu terkena kepala mangsa.
"Mangsa kemudiannya cuba berbincang secara baik dengan suspek yang juga pemilik bengkel bersebelahan premis perniagaan mangsa. Bagaimanapun perbincangan itu gagal apabila suspek bertindak memukul mangsa bertalu-talu dengan sebatang besi," katanya ketika dihubungi Ahad.
Katanya akibat dipukul, lelaki itu mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang badan serta kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Kampar.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pertelingkahan itu disebabkan masalah najis kucing yang berlarutan sejak 10 tahun.
"Polis kini giat memburu suspek berusia 54 tahun itu," katanya.
Topic Berkaitan
#bengkel
#kucing
#pukul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan