Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui bahawa garis kemiskinan yang sedia ada iaitu pada tahap pendapatan bulanan RM950 bagi seisi rumah perlu diubah.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa kadar kemiskinan negara tidak seburuk seperti apa yang dikatakan Pelapor Khas Kemiskinan dan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Philip Alston.
“Garis kemiskinan? Terdapat keperluan untuk mengubahnya.
“Tetapi ia tidak seburuk seperti yang dinyatakan oleh orang yang datang ke sini untuk satu hari, tinggal di hotel besar dan kemudiannya membuat kesimpulan,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.
Tambahnya, mesyuarat Kabinet telah membincangkan isu kemiskinan dan garis kemiskinan serta akan mengambil tindakan.
Pada 23 Ogos, Alston mendakwa situasi kemiskinan di Malaysia jauh lebih buruk daripada yang digambarkan oleh kerajaan.
Dalam satu laporan yang didedahkan, Alston menyifatkan kadar kemiskinan negara 0.4 peratus pada 2016 adalah tidak realistik kerana meletakkan penanda aras yang rendah.
Sebaliknya, kata beliau, kadar kemiskinan yang sebenar di Malaysia adalah kira-kira 15 peratus.
Isabelle Leong
Thu Aug 29 2019
DR MAHATHIR: Ia tidak seburuk seperti yang dinyatakan oleh orang yang datang ke sini untuk satu hari, tinggal di hotel besar dan kemudiannya membuat kesimpulan. - Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
73.3 peratus pekerja formal terima gaji kurang RM5,000, 47 peratus bawah garis kemiskinan
Sebanyak 47 peratus menerima gaji di bawah pendapatan garis kemiskinan iaitu RM2,589 sebulan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan 2022.
Kurang kemudahan infrastruktur cabaran basmi kemiskinan - Prof Suhaiza Zailani
Suhaiza berpendapat, pembangunan infrastruktur yang lengkap mampu menjadi pemangkin kemajuan, terutama di luar bandar.
165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan - PBB
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Hapus pengelasan B40, M40 dan T20 bolehkan garis kemiskinan dikemas kini lebih spesifik
Ia akan membolehkan garis kemiskinan negara dikemas kini secara lebih spesifik bagi membolehkan bantuan kerajaan pada masa depan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.
36 peratus rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan - UNCTAD
Pada 2021, masalah pengangguran di wilayah Palestin yang diduduki kekal tinggi iaitu pada kadar 26 peratus.
Kerajaan sasar hapus miskin tegar menjelang 2025 - Mustapa
Sebagai permulaan, satu projek rintis akan dilaksana membabitkan penduduk miskin tegar di 50 lokaliti seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
Dewan Rakyat: Status MoU Kerajaan-Pembangkang tumpuan hari ini
Menurut aturan urusan mesyuarat, pertanyaan itu diajukan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri.
Bilangan rakyat miskin dijangka berkurangan, kadar kemiskinan kembali ke pra-pandemik COVID-19 menjelang 2022
Bilangan rakyat hidup di bawah garisan kemiskinan negara, iaitu AS$10 (RM41.84) per individu per hari, dijangka menurun secara berperingkat
Lebih 30,000 keluarga di KL berada di bawah garis kemiskinan - Annuar Musa
Jumlah itu dikenal pasti di 178 lokaliti di sekitar Kuala Lumpur, terutama membabitkan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Apakah isu rakyat masih isu sastera?
Munculnya istilah ini menghapuskan realiti lama dengan istilah klasik "miskin pedalaman".