awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis Masa 2018: Industri teknologi, e-dagang rancak dengan kontroversi

Cynthia Ng
Cynthia Ng
20/12/2018
11:22 MYT
Garis Masa 2018: Industri teknologi, e-dagang rancak dengan kontroversi
Jack Ma umum pengunduran sebagai sebahagian pelan transisi jangka panjang. - Gambar fail
Tahun 2018 merupakan tahun yang tidak kurang rancaknya untuk perkembangan dunia teknologi global, bukan sahaja dengan penciptaan dan inovasi tetapi juga drama melibatkan orang-orang besar dalam industri ini.
Antara skandal terbesar tercetus awal 2018 melibatkan Facebook berikutan pendedahan Cambridge-Analytica, sebuah firma analisis Britain menggodam data jutaan pengguna Facebook untuk kegunaan politik.
Baru-baru ini, peguam negara Amerika Syarikat di Washington DC memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Facebook kerana membenarkan data peribadi penggunanya diceroboh.
Peguam negara District of Columbia, yang memfail tuntutan itu, menyatakan bahawa Facebook mengelirukan pengguna mengenai keselamatan data mereka dan gagal pantau aplikasi pihak ketiga dengan betul.
Di Asia Tenggara, gergasi e-hailing Uber umum menjual operasinya di rantau ini kepada Grab pada bulan April, sekaligus menamatkan persaingan sengit antara kedua-dua syarikat. Susulan perjanjian itu, Grab memiliki kesemua operasi Uber dengan 620 juta pengguna. Sebagai balasan, Uber mendapat 27.5 peratus pegangan dalam Grab. Antara berita teknologi yang jadi tumpuan pada 2018 ialah perang paten antara antara Apple and Samsung. Perang yang berlarutan selama tujuh tahun itu temui penyudah pada bulan Jun, apabila kedua-dua pengeluar ‘smartphone’ terbesar dunia itu sepakat mengakhiri pertikaian di luar mahkamah. Bagaimanapun, jumlah perjanjiannya tidak didedahkan. Perang paten bermula pada 2011 apabila Apple mendakwa Samsung meniru sejumlah teknologi dan ciri-ciri iPhone seperti rekaan skrin hitam dengan bingkai bulat, barisan ikon berwarna-warni serta fungsi tap-to-zoom.
Topic Berkaitan
#Alibaba
#E-dagang
#Elon Musk
#Facebook
#Garis Masa 2018
#Jack Ma
#Mark Zuckerberg
#teknologi
#Tesla
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan