Semua projek infrastruktur atau penjanaan elektrik akan memberi impak kepada alam sekitar, persidangan Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
Namun, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata garis panduan jejak karbon iaitu analisis kitar hayat akan menentukan jenis projek Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang memberi impak tinggi dari segi pelepasan karbon kepada alam sekitar.
"Jejak karbon iaitu analisis kitar hayat ditentukan bukan sahaja semasa beroperasi tetapi dikira dari mula pembuatan iaitu dari segi pelepasan komponen-komponen sistem solar, pembinaan dan pelepasan karbon sepanjang operasi, seterusnya sehingga kita perlu menghapuskannya," katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang mahu kerajaan menyatakan impak projek solar berskala besar kepada alam sekitar serta langkah keseimbangan antara impak dan keperluan tenaga.
Yeo berkata berdasarkan penilaian analisis kitar hayat, penjanaan elektrik dari solar adalah lebih rendah berbanding yang diasaskan daripada gas.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah meletakkan sasaran penjanaan elektrik daripada TBB sebanyak 20 peratus daripada jumlah kapasiti terpasang menjelang 2025, dan ini tidak termasuk penjanaan elektrik daripada penjana elektrik hidro besar yang lebih daripada 100MW.
Katanya, bagi mencapai sasaran 20 peratus itu, kerajaan melalui Jawatankuasa Perancangan dan Pelaksanaan Pembekalan Tarif Elektrik telah membuat analisis dan mendapati 3,991MW kapasiti TBB perlu ditambahkan kepada sistem bekalan elektrik.
Yeo berkata kerajaan akan melaksanakan tender terbuka untuk projek Solar Berskala Besar Kitaran Ketiga (LSS3) dengan jumlah kapasiti 500MW bagi mencapai sasaran TBB 20 peratus.
Beliau berkata anggaran nilai-nilai projek LSS3 adalah RM2 bilion dan perincian projek akan diumumkan pada Jan 2019.
Bernama
Thu Nov 15 2018

Yeo berkata kerajaan akan melaksanakan tender terbuka untuk projek Solar Berskala Besar Kitaran Ketiga (LSS3) dengan jumlah kapasiti 500MW bagi mencapai sasaran TBB 20 peratus. - Gambar fail

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Agenda AWANI: Memahami faedah vaksin COVID-19
Lindungi diri, lindungi semua. Pertingkatkan lagi pemahaman kita mengenai faedah vaksin COVID-19. Diskusinya bersama Nazri Kahar dan Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng.

Agenda AWANI: SOP ibadah umrah norma baharu
Pastinya ramai umat Islam rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci. Apakah SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Arab Saudi kepada mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah? Diskusi Nazri Kahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Sevices Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

AWANI Ringkas: ADUN Sebatik umum keluar Warisan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Peniaga gulai itik parah, perut terburai di dalam kereta
Seorang peniaga warung makan berusia 59 tahun ditemui cedera parah dengan perut terburai akibat ditikam orang tidak dikenali dalam kejadian samun di Jalan Lencongan Timur Sungai Petani awal pagi Khamis.

MyFutureJobs | Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaan
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam penempatan pekerja menerusi MyFutureJobs, tahun ini berbanding tahun lalu.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892524/8967789641614256142621_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (25 Feb 2021)

Thailand terima bekalan pertama vaksin China
Thailand menerima kumpulan pertama 200,000 dos vaksin Sinovac keluaran China dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-Cha akan menjadi individu pertama disuntik diikuti petugas barisan hadapan dan golongan mudah terjejas.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP - 25 Feb 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Penggunaan domestik kekal terajui kestabilan ekonomi China
Kestabilan ekonomi China terus disumbang penggunaan domestik yang mencecah nilai AS$6 trilion atau RM24.2 trilion pada 2020 sekali gus menyumbang 54.3 peratus kepada KDNK.

KASA peruntuk RM100,000 elak hakisan tanah lebih serius di Kampung Pohon Celagi
Wang bantuan awal itu digunakan untuk membeli kanvas kalis air bagi menutup sepanjang 200 meter tebing sungai yang telah runtuh di lokasi kejadian.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Kilang proses ayam sejuk beku didenda RM35,000 kerana cemar alam sekitar
Kilang tersebut gagal mematuhi had piawai yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

JAS Selangor patahkan cubaan seludup masuk lapan kontena e-sisa dari AS, Hong Kong
Siasatan awal mendapati barangan buangan ini diimport dari Amerika Syarikat dan Hong Kong tanpa kelulusan JAS.

Kilang makanan dikompaun cemarkan sungai, akibat ribuan ikan mati
Kilang terbabit melepaskan sisa buangan berwarna putih hasil daripada proses pembuatan serta aktiviti cucian menyebabkan Sungai Perai tercemar.

Anugerah Penguatkuasaan Alam Sekitar Asia 2020: Tuan Ibrahim ucap tahniah kepada JAS
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah dan warga kerja Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas kejayaan merangkul Anugerah Asia

Usaha kerajaan pulihara alam sekitar pada 2019 raih anugerah global
Antara inisiatif yang berjaya meraih anugerah termasuk Kempen Selamatkan Harimau Malaya pada 2019.

Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.

PEKA gesa pinda Akta Perhutanan, letak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
Shariffa Sabrina turut menyifatkan akta yang digubal sejak 1984 telah lapuk dan memerlukan nafas baharu.

Model ekonomi pusingan mampu minimumkan impak kerosakan alam sekitar
Model ekonomi ini membolehkan perancangan dibuat terhadap pengurusan bahan buangan, dengan sumber yang dimiliki disimpan selama mungkin.