PUTRAJAYA: Garis Panduan Penilaian Keterancaman Tanah Runtuh dan Indeks Risiko di Infrastruktur-Infrastruktur Kritikal Awam di Malaysia, akan diguna pakai sebagai panduan kepada kerajaan dan pemaju, untuk merancang serta menentukan pembangunan setempat dengan lebih efisien.
Garis panduan itu diluluskan dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-79 yang dipengerusikan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataan memaklumkan garis panduan yang dibangunkan Kementerian Kerja Raya itu, bertujuan mengurangkan risiko tanah runtuh di kawasan infrastruktur kritikal awam seperti jalan raya, empangan, telekomunikasi dan bangunan awam.
"Garis panduan ini merupakan dokumen tambahan berkaitan indeks peta risiko, yang perlu dibaca bersama garis panduan serta dokumen pengurusan cerun lain yang telah sedia diguna pakai di peringkat kerajaan persekutuan, negeri atau kerajaan tempatan," menurut kenyataan KPKT itu
Kenyataan KPKT itu memaklumkan, mesyuarat juga mengambil maklum mengenai kejayaan pelaksanaan inisiatif Peraturan Tangkas iaitu pengeluaran permit pembinaan secara ekspres, yang berupaya melonjakkan produktiviti negeri seperti yang dilaksanakan di Kedah, melalui kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kulim dan Perbadanan Produktiviti Malaysia.
Menurut kenyataan itu mesyuarat juga mengambil maklum berhubung perancangan transformasi pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran, yang sedang dilaksanakan KPKT bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan di seluruh negara.
MNKT merupakan medium perundingan bagi penggubalan dasar berkaitan hal ehwal kerajaan tempatan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan dasar dan perkara yang dibincangkan dalam MNKT, akan dibawa untuk perhatian kerajaan negeri sebelum dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Ia bertujuan mengurangkan risiko tanah runtuh di kawasan infrastruktur kritikal awam seperti jalan raya, empangan, telekomunikasi dan bangunan awam. -Gambar hiasan/Sinar Harian
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Zaini Ujang terima Anugerah Tokoh SPAN
Zaini Ujang mendapat pengiktirafan apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Kerajaan Perpaduan bincang peruntukan buat pembangkang pada 17 April - Fadillah
Fadillah berkata hal ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.
Kerajaan bangunkan indikator khusus ukur tahap keterjaminan makanan - Fadillah
Kerajaan akan membangunkan indikator khusus menerusi pembangunan indikator keterjaminan makanan yang berdaya saing bagi mengukur tahap keterjaminan makanan negara.
Jawatankuasa teknikal MA63 bincang isu pendidikan, kesihatan April ini - Fadillah
Fadillah berkata mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri.
Manfaatkan media sosial ke arah kebaikan, elak isu perkauman - Fadillah
Rakyat Malaysia diseru memanfaatkan platform media sosial dengan berkongsi perkara membawa kebaikan dan bukan kepada isu perkauman.
Cuaca panas: Kerajaan pantau paras empangan, pastikan bekalan air cukup
Kerajaan akan terus memantau paras air empangan di seluruh negara bagi memastikan bekalan air mencukupi berikutan cuaca panas dan kering.