awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka

Bernama
Bernama
12/12/2023
22:00 MYT
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Penggunaan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark telah dilaksanakan di tiga jalan di Melaka, yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan akibat jalan gelap dan ancaman binatang liar. - Gambar Bernama
MELAKA: Penggunaan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark telah dilaksanakan di tiga jalan di Melaka, yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan akibat jalan gelap dan ancaman binatang liar.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Beliau berkata, tiga jalan berkenaan merupakan projek perintis, dengan tempoh enam bulan ditetapkan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan, khususnya daripada kes kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan.
"Tiga jalan berkenaan dipilih sebagai projek perintis itu, kerana tidak ada langsung sumber pencahayaan termasuk daripada lampu di kawasan perumahan atau kedai berhampiran jalan berkenaan.
"Penggunaan garisan glow in the dark bukan bertujuan menerangkan jalan, sebaliknya menjadi panduan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, setiap jalan berkenaan diwarnakan dengan garisan bercahaya dalam gelap sepanjang kira-kira 300 meter, terutama di kawasan khusus yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.
Katanya, sekiranya projek perintis berkenaan berjaya membantu mengurangkan kemalangan jalan raya, penggunaan garisan jalan seperti itu akan diperluaskan ke jalan lain yang berisiko, di seluruh Melaka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Gajah
#garisan jalan bercahaya
#glow in the dark
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan