MASS Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata garisan tebal yang kelihatan dalam gambar yang didakwa terdapat 'keretakan' sebenarnya adalah dua helai jaring yang menutupi landasan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Amir Mahmood Razak berkata jaring itu diletakkan di situ sebagai langkah berjaga-jaga kerana kerja-kerja masih dijalankan di landasan itu.
"Garisan tebal itu sebenarnya adalah sambungan dua helai jaring yang dijahit bersama. Ia bukan retakan pada konkrit di landasan itu seperti yang dibincangkan dalam media sosial," katanya dalam kenyataan, Khamis.
Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.
"Saya menasihatkan orang ramai tidak mempercayai dakwaan seperti yang disebarkan melalui media sosial berhubung perkara ini dan pemandu tidak harus memperlahankan kenderaan mereka untuk melihat ketika melalui LDP di lokasi itu," katanya.
Gambar yang didakwa seperti keretakan pada landasan MRT itu disebarkan secara meluas di media sosial hari ini.
Bernama
Fri Jul 24 2015
Mahmood menasihatkan pengguna agar tidak bimbang ketika memandu di bawah landasan tersebut.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tren laluan Ampang-Sri Petaling alami kelewatan - Rapid KL
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, bagi memastikan keselamatan perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan.
Everton sahkan Gomes retak, terkehel buku lali
Andre Gomes akan menjalani pembedahan awal pagi Isnin selepas mengalami kecederaan buku lali ketika perlawanan menentang Tottenham.
Garisan tebal yang dilihat dalam gambar bukan retak - MRT Corp
MRT Corp berkata garisan tebal yang kelihatan dalam gambar yang didakwa terdapat 'keretakan' sebenarnya adalah dua helai jaring yang menutupi landasan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).