KUALA LUMPUR: Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas COVID-19.
Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata hampir 90 peratus pekerja di Malaysia ingin mempunyai pilihan untuk bekerja sama ada dari rumah atau pejabat.
"Saya berpendapat organisasi dan syarikat telah menerima bukan hanya untuk mengekalkan pekerja tetapi juga untuk menarik golongan milenial dan tenaga kerja pada masa depan yang kita ada dalam pasaran.
"Kerja pada masa depan akan bersifat global dan hibrid sepenuhnya," katanya pada taklimat media secara maya mengenai Powering the Future of Hybrid Work in Malaysia, di sini.
Beliau berkata minat juga dapat dilihat melalui penggunaan Webex Suite Cisco di Malaysia, apabila pertumbuhan tiga angka dicatatkan pada 2020.
"Saya ingin berkongsi beberapa kajian kes, yang amat menarik.
"Dalam kita berbincang, kita membolehkan satu daripada entiti kerajaan yang amat besar untuk membantu mereka yang menganggur di negara ini mencari pekerjaan dalam tempoh sukar ini.
"Webex mengukuhkan pengambilan pekerja secara besar-besaran untuk agensi.
"Kami turut bekerjasama dengan kerajaan dalam bidang pendidikan dan kami mengekalkan separuh daripada universiti untuk beroperasi sepanjang tempoh COVID-19," katanya.
Sekurang-kurangnya 10 daripada 20 universiti, institusi perbankan dan syarikat utiliti di Malaysia menggunakan Webex Suite.
Pengarah Urusan Kerjasama bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco, S. Hariharan berkata entiti pendidikan turut memberi maklum balas yang baik terhadap keperluan kepada pembelajaran hibrid, justeru, syarikat teknologi maklumat dan rangkaian berminat untuk memperluas pengalamannya dengan memperoleh Involvio.
Beliau berkata Cisco berhasrat untuk memperoleh Involvio, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan penyedia perisian pendidikan utama melibatkan platform libat urus pelajar yang diperkasakan oleh Webex Meeting.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas COVID-19. -Gambar hiasan/PEXELS
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Gaya kerja hibrid dijangka diteruskan di Malaysia
Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas COVID-19.