GADGETS
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
NVIDIA akan memperkenalkan had masa permainan sebanyak 100 jam sebulan untuk pelan langganan GeForce NOW bermula Januari 2026. -Foto Amanz
PERKHIDMATAN penstriman permainan GeForce NOW oleh NVIDIA akan memperkenalkan had masa permainan sebanyak 100 jam sebulan untuk semua pelan langganan bermula Januari 2026.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah ini selaras dengan pengumuman NVIDIA pada November 2024 yang menyatakan pelanggan pelan Performance dan Ultimate boleh menikmati permainan tanpa had sehingga akhir Disember 2025.
Selepas itu, pengguna perlu membeli pas tambahan 15 jam pada harga US$2.99 jika mahu bermain melebihi had bulanan.
Di Malaysia, perkhidmatan GeForce NOW dikendalikan oleh YES dan menurut laporan LowYat.net, pasaran tempatan tidak akan terkesan dengan perubahan ini.
Pelanggan di Malaysia masih boleh menikmati penstriman tanpa had selagi melanggan setiap bulan.
Bagaimanapun, YES telah menghentikan langganan tahunan dan kini hanya menawarkan pilihan bulanan, tiga hari dan harian.
Sama ada pas tambahan akan diperkenalkan di Malaysia, ia akan diketahui selepas semakan pada laman YES GeForce NOW pada 1 Januari nanti. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Perkhidmatan GeForce NOW NVIDIA akan had masa permainan 100 jam sebulan bermula Januari 2026, berbanding tiada had bagi pelan Performance dan Ultimate sehingga Disember 2025.
- Pengguna di Malaysia tidak terjejas dengan perubahan ini; masih boleh menikmati penstriman tanpa had dengan melanggan bulanan di YES.
- YES kini hanya menawarkan pilihan langganan bulanan, tiga hari, dan harian, sementara keputusan mengenai tambahan 15 jam akan diumumkan pada 1 Januari.
Langkah ini selaras dengan pengumuman NVIDIA pada November 2024 yang menyatakan pelanggan pelan Performance dan Ultimate boleh menikmati permainan tanpa had sehingga akhir Disember 2025.
Selepas itu, pengguna perlu membeli pas tambahan 15 jam pada harga US$2.99 jika mahu bermain melebihi had bulanan.
Di Malaysia, perkhidmatan GeForce NOW dikendalikan oleh YES dan menurut laporan LowYat.net, pasaran tempatan tidak akan terkesan dengan perubahan ini.
Pelanggan di Malaysia masih boleh menikmati penstriman tanpa had selagi melanggan setiap bulan.
Bagaimanapun, YES telah menghentikan langganan tahunan dan kini hanya menawarkan pilihan bulanan, tiga hari dan harian.
Sama ada pas tambahan akan diperkenalkan di Malaysia, ia akan diketahui selepas semakan pada laman YES GeForce NOW pada 1 Januari nanti. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah had masa permainan yang akan diperkenalkan oleh NVIDIA untuk pelan langganan GeForce NOW bermula Januari 2026?
A: NVIDIA akan memperkenalkan had masa permainan sebanyak 100 jam sebulan untuk pelan langganan GeForce NOW bermula Januari 2026. - Q: Bagaimanakah pengguna boleh terus menikmati permainan tanpa had selepas Disember 2025?
A: Selepas Disember 2025, pengguna perlu membeli pas tambahan 15 jam pada harga US$2.99 jika ingin bermain melebihi had bulanan. - Q: Apakah tindakan terkini yang diambil oleh YES berhubung dengan perkhidmatan GeForce NOW di Malaysia?
A: YES telah menghentikan langganan tahunan dan kini hanya menawarkan pilihan langganan bulanan, tiga hari, dan harian bagi perkhidmatan GeForce NOW di Malaysia.