[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
NATIONAL

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera

Astro Awani 11/05/2025 | 09:48 MYT
Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia. - MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Ringkasan AI
  • Gegaran dirasai di beberapa kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia selepas kejadian gempa di Indonesia.
  • Walaupun gegaran dirasai, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
  • MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran untuk mengisi borang soal selidik bagi membantu pemantauan kejadian.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi laman Facebook, gempa bumi dengan kekuatan magnitud 5.9 itu berlaku pada pukul 4.57 petang dengan kedalaman 74 kilometer.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Namun, gegaran telah dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung,” tulis kenyataan itu.
Tambah kenyataan, pusat gempa dikesan pada koordinat 3.7 darjah utara dan 97.0 darjah timur iaitu kira-kira 107 kilometer tenggara dari Meulaboh, Indonesia.
MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran berkenaan untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan: https://forms.gle/E9ursS9Cs5KoKPt47.
#Indonesia #gempa bumi #tsunami #Utara Sumatera #terkini