awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2025
11:16 MYT
Gelagat Tun M, isteri main bola cuit hati netizen
Gelagat mesra Dr Mahathir mencuri tumpuan apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Dr Hasmah, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Gelagat mesra bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri tumpuan netizen apabila beliau dilihat meluangkan masa beriadah bersama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohamad Ali, baru-baru ini.
Video berdurasi 59 saat yang dimuat naik di platform YouTube itu memaparkan telatah pasangan dua sejoli tersebut sedang bermain bola senaman di kawasan lapang yang dipercayai kediaman mereka.
Menerusi video tersebut, Dr Mahathir dilihat mendekati isterinya yang sedang ralit bermain bola sebelum memberikannya kepada beliau.
Momen manis pasangan berkenaan turut dirakam oleh dua pembantu mereka yang berada di lokasi berkenaan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat pasangan berkenaan yang kelihatan ceria dan aktif, meskipun sudah dimamah usia.
Terdahulu, Dr Mahathir turut berkongsi perkembangan beriadah bersama isteri ketika mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya pada 18 Januari lalu.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsi pembaca kepada Sinar Harian pada Sabtu, beliau dilihat masih kuat berbasikal walaupun usianya kini hampir mencecah 100 tahun.
Dr Mahathir dan Dr Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan ikatan kasih sayang yang mereka bina masih kukuh hingga ke hari ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tun M
#Hasmah
#video tular
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan