awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan dalam tahanan polis meninggal dunia di HRPZ II

Bernama
Bernama
25/06/2021
10:06 MYT
Gelandangan dalam tahanan polis meninggal dunia di HRPZ II
Mengikut laporan bedah siasat, lelaki itu meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan tiada kecederaan luaran, malah berdasarkan siasatan awal, dia juga menghidap penyakit sawan. - Foto: Google Maps
KOTA BHARU: Seorang gelandangan yang dalam tahanan polis meninggal dunia dipercayai akibat pendarahan otak ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Mohammed Piah berkata, lelaki berusia 48 tahun itu diserang kekejangan otot ketika berada di lokap Balai Polis Kota Bharu, sebelum dibawa ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan, namun dia dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.50 malam.
"Mengikut laporan bedah siasat, lelaki itu meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan tiada kecederaan luaran, malah berdasarkan siasatan awal, dia juga menghidap penyakit sawan," katanya kepada pemberita selepas meninjau penugasan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berasal dari Kampung Bechah Mulong, Peringat itu ditahan di tepi Jalan Maju, dekat sini pada 22 Jun lepas kerana kesalahan memiliki senjata berbahaya, mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Lelaki itu juga mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 6 (1) akta yang sama serta Seksyen 411 Kanun Keseksaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gelandangan
#Hospital Raja Perempuan Zainab II
#pendarahan otak
#rawatan
#polis
#PDRM
#Abdullah Mohammed Piah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan