awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
EPL: Burnley ikat Manchester United 2-2, Fletcher raih seri pertama
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2023
05:44 MYT
Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba setelah terperangkap dalam longkang dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz, di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
KAJANG: Seorang gelandangan menempuh detik mencemaskan akibat terperangkap dalam longkang dengan kedalaman 2.44 meter sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz di sini pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa dipercayai terperangkap dalam longkang tersebut pada jam 8.24 pagi.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menjalankan usaha mengeluarkan mangsa.
"Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an itu disedari berada dalam longkang itu oleh orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.
"Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gelandangan
#terperangkap dalam longkang
#Jalan Tun Abdul Aziz
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan