awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelang pink dipercayai tercicir, polis sudah kenal pasti pemilik

Sinar Harian
Sinar Harian
17/08/2021
22:43 MYT
Gelang pink dipercayai tercicir, polis sudah kenal pasti pemilik
Tiga gelang pink Covid-19 yang telah dipotong ditemui di tepi jalan berhampiran Masjid Bunohan, Chabang Empat Tumpat, Tumpat mengundang kegusaran orang ramai pada Selasa. - Foto tular
TUMPAT: Pihak polis meminta orang ramai menghentikan komen negatif di laman sosial berikutan penemuan tiga gelang merah jambu COVID-19 dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran Masjid Kampung Bunohan, Chabang Empat Tumpat di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, hasil siasatan polis mendapati, gelang tersebut disahkan milik tiga beranak dari Pengkalan Kubor yang positif COVID-19 dipercayai tercicir selepas menukar gelang lain di Klinik Kesihatan Bunohan.
“Semakan yang dibuat mendapati gelang tersebut milik seorang lelaki dan dua anak yang menjalankan ujian swab COVID-19 di Klinik Kesihatan Bunohan pada Ahad lalu.
“Semalam (Isnin) mereka dihubungi pihak klinik berkenaan pada jam 10 pagi dan dikehendaki hadir semula kerana keputusan ujian adalah positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.
Menurut beliau, gelang yang dipakai oleh ketiga-tiga mereka dipotong dan digantikan dengan gelang baharu bertarikh 15 Ogos 2021 sehingga 28 Ogos 2021 bagi kuarantin di rumah.
Ketiga-tiga mereka kata beliau, adalah kontak rapat kepada isteri lelaki tersebut yang positif COVID-19 dan dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
“Lelaki tersebut mengakui ada mengambil semula gelang yang dipotong tanpa pengetahuan pihak klinik dengan anggapan bahawa dia perlu menyimpannya.
“Namun gelang tersebut yang disimpan dalam poket seluarnya tercicir tanpa disedari,” katanya.
Ujar beliau, pihak Klinik Kesihatan Bunohan mengesahkan perkara ini melalui semakan dokumen.
“Sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan keluar masuk di mukim Pengkalan Kubor oleh pihak berkuasa yang didakwa dilakukan untuk mengesan beberapa individu yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tiada kaitan dengan kes jumpa gelang dipotong.
“SJR tersebut kerana PKPD di kawasan Geting, Tumpat,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gelang 'pink'
#COVID-19
#positif
#ujian swab
#Klinik Kesihatan Bunohan
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan