awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
Wanita ludah, agresif terhadap polis direman dua hari
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin

Nailah Huda
Nailah Huda
03/04/2021
10:57 MYT
Gelaran 'abang' mencermin hubungan peribadi, bukan Malaysia-China - Hishammuddin
Pada Khamis, Hishammuddin dalam sidang media menggelar Wang Yi sebagai 'abangnya' serta menggambarkan hubungan Malaysia-China sebagai 'sebuah keluarga besar'. Foto - Youtube Phoenix Infonews
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penggunaan gelaran ‘abang’ terhadap rakan sejawatnya dari China, Wang Yi walaupun selepas dikritik di media sosial.
Katanya, istilah itu hanya mencerminkan hubungan peribadinya bersama Wang Yi, bukan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
“Frasa yang saya guna bukan merujuk kepada hubungan bilateral kita kerana perikatan Malaysia-China yang kukuh adalah berdasarkan kepercayaan bersama dan kesaksamaan,” jelas Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi Twitter.
“Memandangkan Wang Yi lebih berusia dan merupakan Menteri Luar yang lebih senior, beliau adalah seorang ‘abang’ kepada saya secara peribadi. Menunjukkan hormat tidak mencerminkan kelemahan.”
Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dalam melaksanakan dasar luar negara.
The phrase I used was not referring to our bilateral relations as strong ties are based on mutual trust and equality. Respecting that Wang Yi is older, and a more senior Foreign Minister; hence 'elder brother' to me personally. Being respectful does not signify weakness.
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 3, 2021
Pada Khamis, Hishammuddin dalam sidang media dilaporkan menggelar Wang Yi sebagai abangnya serta menggambarkan hubungan Malaysia-China sebagai “sebuah keluarga besar”.
“You will always be my elder brother,” kata Hishammuddin kepada rakan sejawatnya.
Kenyataan itu menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bimbang dengan impak gelaran berkenaan kepada diplomasi negara.
“Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing,” bidas Ahli Parlimen Port Dickson itu melalui Twitter.
“Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.”
Justeru, Anwar menggesa supaya Hishammuddin segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan itu.
Namun, apa yang menghairankan adalah tindakan Menteri Luar Hishammuddin Hussien sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya Wang Yi yang menyifatkan Republik itu sebagai big brother kepada Malaysia.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) April 3, 2021
Hishammuddin mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke China, antaranya sebagai usaha Beijing untuk mendekati ASEAN bagi menyelesai kemelut politik di Myanmar.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#China
#wang yi
#Menteri Luar
#abang
#brother
#ASEAN
#Beijing
#Myanmar
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan