awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelaran profesor bukan hanya pengiktirafan, tetapi tanggungjawab besar

Bernama
Bernama
24/08/2023
03:40 MYT
Gelaran profesor bukan hanya pengiktirafan, tetapi tanggungjawab besar
Mohamed Khaled berkata golongan itu mempunyai tanggungjawab untuk mengisytiharkan kepandaian mereka supaya ilmu dapat dimanfaatkan secara bermakna oleh masyarakat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Gelaran profesor diberikan kepada golongan cerdik pandai bukan sahaja bertujuan mengiktiraf kepintaran, tetapi ia melambangkan tanggungjawab besar yang ditanggung golongan berkenaan, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata golongan itu mempunyai tanggungjawab untuk mengisytiharkan kepandaian mereka secara terbuka kepada orang awam supaya ilmu tersebut dapat dimanfaatkan secara bermakna oleh masyarakat.
"Apatah lagi sekarang ramai melihat profesor hanya pada kebijaksanaan dan kelebihan intelektual. Melupakan terus ciri kedua yang ada pada istilah tersebut, iaitu nilai kebijaksanaan yang diikat pada hubungan dan manfaatnya kepada masyarakat.
"Dalam erti kata lain, gelaran profesor tidak dipakaikan kepada kepandaian yang hanya disembunyikan atau disimpan untuk kepuasan sendiri," katanya dalam ucapan pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Kluster dan Chapter Universiti Majlis Profesor Negara (MPN), di sini semalam.
Pada majlis tersebut, Mohamed Khaled menyampaikan amanat dan watikah pelantikan kepada jawatankuasa tertinggi bagi 12 kluster dan satu subkluster serta 21 chapter universiti MPN.
MPN dalam kenyataan memaklumkan penubuhan Kluster dan Chapter Universiti adalah satu inisiatif bagi membantu dan memperkemas sistem dalam menggerakkan kepakaran ahli akademik berpengalaman bagi membantu usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara dengan lebih lancar.
Mengenai pelbagai kluster dan chapter MPN, Mohamed Khaled berkata pengelasan kepakaran tersebut adalah bagi memudahkan usaha menggabung jalin pelbagai ilmu dan disiplin dengan lebih berkesan.
"Kita mesti bekerja bersama-sama. Ilmu kita dalam sesuatu bidang tidak lagi menjadi kelebihan andai ia dikupas secara sempit dan tidak merentas disiplin.
"Maka, saya harap MPN akan mengumpulkan segala bakat dan minda terbaik bangsa. Untuk digembleng secara strategik bagi membawa kebaikan kepada bangsa dan negara kita...pikulkan tugas dan tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi dan kesungguhan untuk menyumbang pada negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Profesor Negara
#Khaled Nordin
#tanggungjawab besar
#gelaran profesor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan