awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelembung pelancongan: Feri ke Langkawi ditambah - Konsortium

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/03/2021
04:41 MYT
Gelembung pelancongan: Feri ke Langkawi ditambah - Konsortium
Konsortium sentiasa bersedia untuk menambah lebih banyak perjalanan terutama pada hujung minggu dan hari cuti umum jika terdapat permintaan daripada orang ramai. - Foto Astro AWANI
KUALA KEDAH: Susulan penguatkuasaan gelembung pelancongan bersasar yang dilaksanakan kerajaan bermula 10 Mac lalu, pihak Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd mengambil keputusan untuk menambah kadar kekerapan perjalanan feri membabitkan perjalanan dua hala antara Kuala Kedah-Langkawi dan Kuala Perlis-Langkawi.
Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi konsortium, Kapten Baharin Baharom, penambahan berkenaan melibatkan tiga perjalanan dari Terminal Kuala Kedah iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang berbanding dua perjalanan sebelum ini.
Manakala, jelasnya, bagi Terminal Kuala Perlis, jadual perjalanan akan bertambah kepada dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang berbanding sekali sahaja sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa konsortium sentiasa bersedia untuk menambah lebih banyak perjalanan terutama pada hujung minggu dan hari cuti umum jika terdapat permintaan daripada orang ramai.
Namun, Baharin menegaskan bahawa tiada perubahan yang besar dan impak ketara dapat dilihat dari segi penambahan jumlah penumpang sejak kelonggaran yang diberikan kerajaan sejak lima hari lalu.
"Apabila kerajaan mengumumkan bahawa Langkawi sebagai daerah (yang dilonggarkan kepada) PKPP (serta), membuka gelembung perlancongan secara bersasar, maka konsortium telah mengambil keputusan untuk membuka lebih banyak perjalananan untuk kemasukan pelancong dengan membuat satu penambahan perjalanan di setiap terminal iaitu di Kuala Perlis dan di Kuala Kedah.
"Untuk kemasukan ke Kuala Perlis konsortium telah membuat satu penambahan menjadikan dua perjalanan sehari iaitu sesi pagi dan petang dan kemasukan melalui terminal Kuala Kedah menjadikan tiga perjalanan sehari iaitu tengah hari, pagi dan petang dan kita telah membuat penambahan feri sehingga ke malam jika mendapat permintaan pelancong untuk masuk ke langkawi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, beliau menyatakan bahawa jumlah penumpang yang menggunakan Terminal Feri Kuala Kedah adalah sebanyak 7,000 setiap hari berbanding dengan Terminal Feri Kuala Perlis yang mana kurang daripada 1,000 penumpang.
Baharin turut menegaskan bahawa pihaknya juga sentiasa memantau perkembangan dari masa ke semasa berhubung permintaan daripada ejen pelancongan yang ingin menggunakan perkhidmatan feri susulan kebenaran atau kelonggaran yang diberikan kerajaan.
Berdasarkan rekod, jumlah pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi adalah sebanyak 45,393 bermula 1 Mac sehingga 13 Mac lalu.
Bagi bulan Februari pula, catatan penumpang feri dilihat menunjukkan penurunan mendadak susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) iaitu sebanyak 26,725 orang.
Manakala bagi bulan Januari, jumlah penumpang feri yang menggunakan perkhidmatan itu bagi perjalanan ke Pulau Langkawi adalah sebanyak 141, 722 orang.
Topic Berkaitan
#Feri ke Langkawi
#Langkawi
#Kuala Perlis
#Kuala Kedah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#pelancong
#pelancongan
#COVID-19
#gelembung pelancongan
#Konsortium Ferry Line Ventures
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan