Gelombang baharu COVID-19 dijangka Disember ini

Sinar Harian
November 16, 2021 23:30 MYT
Pusat COVID-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu. - Foto fail/Facebook/Noor Hisham Abdullah
PUTRAJAYA: Pegawai perubatan memberi amaran gelombang baharu COVID-19 dijangka membadai negara pada Disember depan.
Menerusi ciapan di Twitter, Dr Azfar Kamal yang bertugas di Hospital Sungai Buloh memaklumkan, lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang.

Rakyat Malaysia yang dikasihi, Please be aware that we are expecting next COVID-19 wave in December 2021.There will be surge of cases for the next 2 weeks. Covid Centre is in preparation to anticipate the next wave. Our Active wards / ICU are full with Category 4 & 5 patients.

— AzfarKamal (@Azpapip) November 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya, pusat COVID-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu.
"Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit COVID-19 kategori empat dan lima.
"Tolong amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa. Bagi mereka yang bakal ke luar negara, dapatkan dos penggalak segera. Jaga diri," katanya pada Selasa.
Kes baharu positif COVID-19 menunjukkan peningkatan sejak minggu lalu susulan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri sempena cuti Deepavali selain hampir semua sektor dibenar kembali beroperasi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#COVID-19 #gelombang baharu #Hospital Sungai Buloh #Dr Azfar Kamal