awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GEM yakin penubuhan SEGiM bantu lindungi penggiat industri gig

Bernama
Bernama
24/07/2023
21:40 MYT
GEM yakin penubuhan SEGiM bantu lindungi penggiat industri gig
GEM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan tersebut merupakan keperluan bagi membolehkan kerajaan membantu warga penggiat e-hailing dan p-hailing dengan lebih efektif. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM) yakin penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) dapat menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri gig.
GEM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan penubuhan tersebut merupakan keperluan bagi membolehkan kerajaan membantu warga penggiat e-hailing dan p-hailing dengan lebih efektif.
"Kami yakin, Kerajaan Perpaduan dapat menoktahkan segala isu dan permasalahan berpanjangan di dalam mengawal selia ekosistem industri ekonomi gig secara komprehensif dan holistik melalui penubuhan SEGiM," menurut kenyataan itu.
Menurut GEM semasa program Temu Anwar bersama Belia P-hailing di Petaling Jaya semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen yang dilihat senada dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini.
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2023 pada Jun lepas berkata Anwar secara dasarnya telah bersetuju dengan saranan UMNO untuk menubuhkan SEGiM.
Pada 17 Julai lepas, beliau turut dilapor berkata bahawa penubuhan suruhanjaya itu dijangka diumum perdana menteri ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen, Oktober depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#SEGIM
#e-hailing
#Belanjawan 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan