Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
GADGETS

Gemini 2.5 Flash dilancarkan, jana imej lebih konsisten dengan gambar rujukan

Amanz 27/08/2025 | 05:00 MYT
Pengguna boleh mengawal elemen dalam imej seperti lokasi objek, gaya tubuh, warna pakaian dan melakukan suntingan seperti membuang kotoran atau menukar gaya. -Amanz
KECERDASAN buatan (AI) generatif mempunyai isu menjana imej dengan konsisten. Satu prom yang sama menghasilkan iterasi yang berbeza membuatkan proses memperhalusi gambar menjadi sukar.


Ringkasan AI
  • Google melancarkan Gemini 2.5 Flash yang mampu menjana imej lebih konsisten dengan sokongan gambar rujukan seperti wajah, latar belakang dan objek.
  • Pengguna boleh mengawal elemen dalam imej seperti lokasi objek, gaya tubuh, warna pakaian dan melakukan suntingan seperti membuang kotoran atau menukar gaya.
  • Model ini boleh diakses melalui Gemini API, Google AI Studio untuk pembangun, dan Vertex AI untuk kegunaan perniagaan.


Hari ini Google melancarkan Gemini 2.5 Flash yang menjana imej lebih konsisten kerana terdapat ciri gambar rujukan.

Sebagai contoh jika pengguna ingin menjana imej dengan wajah mereka, gambar rujukan foto sendiri boleh diberikan kepada Gemini 2.5 Flash.

Hasilnya ialah imej janaan dengan gambar mereka sendiri dan bukan lagi karikatur yang tidak dikenali seperti pada model AI generatif lain.

Selain gambar peribadi, gambar latar belakang dan objek yang ingin digunakan juga boleh diberikan kepada Gemini 2.5 Flash.

Dalam demo, pengguna boleh meletakkan objek lampu di dalam gambar latar dengan lokasi di mana lampu diletakkan boleh ditetapkan sendiri oleh pengguna.

Gemini 2.5 Flash turut berkemampuan melakukan suntingan gambar lebih naik. Misalnya menukar warna baju, gaya baju atau membuang kotoran pada baju yang dipakai.

Gaya tubuh dalam gambar, objek latar dan warna gambar turut boleh diubah.

Model terkini ini boleh diakses menggunakan Gemini API dan Google AI Studio untuk pembangun dan Vertex AI untuk perniagaan. -Amanz





#AI Generatif #Gemini 2 5 Flash #Google AI Studio #Vertex AI