GADGETS
Gemini 2.5 Pro model AI penaakulan paling berkuasa Google, boleh bina aplikasi dengan sebaris prom
Gemini 2.5 Pro oleh Google mampu menjana kod untuk permainan video dengan hanya sebaris prom dan mengalahkan model AI lain dalam ujian penanda aras. -Amanz
ADAKAH teknologi AI generatif sedia menjadi pengganti pekerja manusia atau adalah alatan terbaik untuk membantu pekerja?
Ringkasan AI
- Teknologi AI generatif seperti Gemini 2.5 Pro adalah alatan terbaik untuk membantu pekerja manusia, bukan menggantikan mereka.
- Gemini 2.5 Pro oleh Google mampu menjana kod untuk permainan video dengan hanya sebaris prom dan mengalahkan model AI lain dalam ujian penanda aras.
- Model ini lebih hebat dalam mengendalikan masalah matematik, penjanaan kod, serta menjana teks, audio, imej, dan video, tetapi masih di fasa ujian dan hanya boleh diakses melalui Google AI Studio.
Terbaharu, apa yang Google telah lakukan jelas sekali teknologi AI ini adalah alatan terbaik untuk membantu manusia kerana model AI penaakulan Gemini 2.5 Pro sangat dahsyat sehingga ia boleh menjana kod untuk keseluruhan permainan video dengan hanya sebaris prom sahaja.
Menurut Google, Gemini 2.5 Pro adalah model pertama mereka yang berjaya menewaskan OpenAI, Anthropic, xAI, dan DeepSeek dalam ujian penanda aras.
Model AI penaakulan baharu Google ini turut lebih hebat dan pantas dalam mengendalikan masalah matematik, penjanaan kod, boleh menjana bukan sahaja teks tetapi juga audio, imej dan video.
Google melabelkan Gemini 2.5 Pro Experimental sebagai model penaakulan yang lebih mudah faham arahan pengguna tidak kira betapa kompleks.
Gemini 2.5 Pro masih lagi di fasa ujian dengan ia hanya boleh diakses melalui Google AI Studio.
Selain itu pengguna Gemini Advanced di web dan aplikasi turut boleh mengujinya tetapi dengan tetingkap konteks terhad kepada 1 juta token.
Sokongan 2 juta token akan diberikan di masa akan datang. Model ini turut akan hadir ke platform Vertex AI. -Amanz