awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung

Amanz
Amanz
07/01/2025
05:00 MYT
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih. -Amanz
GOOGLE Gemini bukan sahaja akan tiba ke jam Wear OS, tetapi turut akan diintegrasikan ke dalam Google TV.

Ringkasan AI
  • Google Gemini akan diintegrasikan ke dalam Google TV sebagai pembaca berita, bukan pembantu maya.
  • Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
  • Kemas kini baharu Google TV akan diperkenalkan secara berperingkat kepada peranti sedia ada dan generasi baharu bermula hujung tahun 2025.

Sedikit berbeza, pada Google TV, ia tidak akan datang sebagai pembantu maya, sebaliknya ia akan menjadi pembaca berita.
Di CES 2025, Google TV memperlihatkan ciri AI baharu yang dijana Gemini iaitu News Brief.
News Brief akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai video berita YouTube, berita siaran langsung dan berita-berita di sekitar web.
Google akan memastikan ia hanya mengambil berita daripada sumber yang sahih.
Akan datang, Google ingin mengintegrasikan Gemini ke Google TV bagi menjadikan penggunaan televisyen lebih interaktif.
Salah satu adalah menyertakan sensor pada peranti Google TV baharu nanti, kemudian boleh mencari kandungan seperti filem, video dan lain-lain hanya menggunakan bahasa harian atau kata kunci spesifik.
Mungkin mencari “haiwan seakan tikus dengan kawan seakan kayu hidup bertempur” akan memberi cadangan Guardians of the Galaxy.
Kemas kini baharu Google TV akan diperkenalkan secara berperingkat kepada peranti dan televisyen Google TV sedia ada serta turut akan terus tiba pada peranti generasi baharu bermula hujung tahun 2025. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Gemini
#News Brief
#Google TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan