GADGETS
Gemini diintegrasi dalam Chrome – Rumusan pintar, saranan & keselamatan web
Gemini kini diintegrasikan terus dalam Chrome, membolehkan pengguna akses AI dari pelayar tanpa buka tab khas, termasuk rumusan laman dan video YouTube serta semua tab aktif. -Foto Amanz
GOOGLE Gemini akhirnya diintegrasikan terus ke dalam Chrome hari ini. Menerusi ciri Gemini in Chrome ini, pengguna boleh mengakses Gemini terus daripada pelayar web tanpa perlu membuka tab khusus seperti sekarang.
Ringkasan AI
Gemini boleh memberikan rumusan kandungan laman web atau video YouTube terus daripada sebuah tingkap mini. Gemini turut boleh melakukan rumusan berdasarkan semua tab yang dibuka dalam Chrome.
Sebagai contoh anda mungkin sedang melakukan carian tempat percutian, Gemini akan memberikan rumusan dan saranan berdasarkan tab dibuka dan arahan yang diberikan.
Ciri agen AI Gemini pula boleh melakukan pembelian barangan bagi pihak pengguna berdasarkan prom yang diberi. Ia turut boleh menukar kata secara automatik jika mengesan ia tertiris ke arena web.
Proses yang mengambil masa beberapa minit kini boleh dilakukan dengan menekan satu butang Gemini secara automatik.
AI Mode juga boleh diakses terus daripada kotak carian Chrome. Pada waktu yang sama Gemini in Chrome turut boleh membantu mencari laman yang pernah dilawati sebelum ini.
Akhir sekali ia dapat mengesan serta menghalang laman web hasad, scam, notifikasi laman yang tidak diperlukan dan menyekat akses yang sepatutnya tidak diberikan.
Gemini in Chrome diaktifkan kepada pengguna Chrome desktop di Amerika Syarikat yang menetapkan pelayar ke Bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini sebelum akan dikembangkan ke negara lain. -Amanz
Ringkasan AI
- Gemini kini diintegrasikan terus dalam Chrome, membolehkan pengguna akses AI dari pelayar tanpa buka tab khas, termasuk rumusan laman dan video YouTube serta semua tab aktif.
- Ciri agen AI membolehkan pembelian automatik dan penukaran kata jika dikesan tertiris ke web, serta akses AI Mode dari kotak carian dan pencarian semula laman yang pernah dilawati.
- Gemini turut mengesan dan menyekat laman web hasad, scam, notifikasi tidak perlu serta akses tidak sah; buat masa ini hanya tersedia untuk pengguna Chrome desktop di AS dengan tetapan Bahasa Inggeris.