GADGETS
Gemini dipertingkat dengan ciri mengingati kandungan perbualan lalu
Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat melalui model Gemini 2.5 Pro dan kemudian kepada 2.5 Flash, kecuali di EU, UK dan Switzerland. -Amanz
KEMAMPUAN chatbot Google Gemini dipertingkatkan lagi dengan ciri mengingati kandungan perbualan lalu.
Ringkasan AI
Dengan memori yang disimpan, saranan yang boleh diberikan Gemini kepada pengguna adalah lebih diperbadikan.
Sebagai contoh, jika anda pernah melakukan carian buku yang menarik, ia akan menggunakan memori perbualan ini untuk memberikan saranan buku apa yang perlu dibeli jika soalan diberikan.
Ciri mengingati perbualan akan diperkenalkan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang menerusi model 2.5 Pro terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada model 2.5 Flash.
Ia boleh diakses pengguna seluruh dunia kecuali yang tinggal di EU, UK dan Switzerland.
Bagi yang risau mengenai privasi perbualan yang tidak ingin diingati Gemini, anda boleh menggunakan pula ciri Temporary Chats yang memberikan kawalan di tangan anda.
Apabila digunakan, perbualan Temporary Chats tidak akan muncul dalam senarai Recent Chats atau diingati oleh Gemini.
Ia akan dipadam selepas 72 jam secara automatik. -Amanz
Ringkasan AI
- Google Gemini kini boleh mengingati kandungan perbualan lalu untuk memberikan saranan yang lebih diperibadikan kepada pengguna.
- Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat melalui model Gemini 2.5 Pro dan kemudian kepada 2.5 Flash, kecuali di EU, UK dan Switzerland.
- Pengguna boleh memilih mod Temporary Chats untuk memastikan perbualan tidak disimpan, yang akan dipadam secara automatik selepas 72 jam.