GADGETS
Gemini kini boleh diakses menerusi Google TV
Gemini kini menggantikan Google Assistant pada Google TV, membolehkan kawalan suara, saranan kandungan dan interaksi dua hala dengan pengguna. -Amanz
GEMINI secara rasmi boleh diakses menerusi Google TV menerusi kemas kini. Ia akan menggantikan Assistant sebagai pembantu maya pada sistem operasi televisyen pintar ini.
Ringkasan AI
Selain boleh digunakan untuk mengawal beberapa fungsi TV menggunakan suara, Gemini turut boleh memberikan saranan kandungan yang boleh ditonton dan melakukan perbualan dua hala dengan pengguna.
Arahan lain yang boleh diberikan ialah memberikan saranan video berdasarkan kesesuaian menonton dengan keluarga.
Meminta Gemini untuk memberikan senarai main video YouTube untuk topik mata pelajaran anak atau memintanya untuk memberikan rangkuman musim terdahulu siri TV yang ingin distrim.
Ia ditawarkan pada siri TV TCL QM9K sebelum dikembangkan kepada kotak TC Google TV Streamer 4K serta beberapa model TV keluaran Hisense dan TCL.
Sedikit mengecewakan Google tidak menyatakan sama ada Gemini akan ditawarkan ke Chromecast for Google TV. -Amanz
Ringkasan AI
- Gemini kini menggantikan Google Assistant pada Google TV, membolehkan kawalan suara, saranan kandungan dan interaksi dua hala dengan pengguna.
- Ia boleh memberikan saranan tontonan mesra keluarga, senarai main YouTube untuk pembelajaran, dan ringkasan musim siri TV.
- Ciri ini tersedia pada TV TCL QM9K dan akan diperluas ke model lain termasuk Hisense, namun belum disahkan untuk Chromecast for Google TV.