MALAYSIA

Gempa bumi bermagnitud 6.0 landa Xinjiang

Bernama 04/12/2025 | 11:19 MYT
Pusat gempa bumi itu dikesan pada latitud 41.13 darjah utara dan longitud 78.40 darjah timur. - Gambar hiasan
BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 6.0 melanda Daerah Akqi di Wilayah Autonomi Kizilsu Kirgiz di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China pada 3.44 petang (Waktu Beijing) pada Khamis, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pusat gempa bumi itu dikesan pada latitud 41.13 darjah utara dan longitud 78.40 darjah timur.

Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut CENC.

-- BERNAMA

#gempa bumi #Uygur #Xinjiang #China