awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terjejas

Bernama
Bernama
24/01/2018
03:52 MYT
Gempa bumi Indonesia: Tiada rakyat Malaysia terjejas
Kemusnahan pada beberapa buah rumah di Bogor, Indonesia pada Selasa. - REUTERS
Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang cedera atau menerima kesan secara langsung dalam insiden gempa bumi yang melanda wilayah barat daya Lebak, Provinsi Banten, Indonesia, kira-kira 1.34 tengah hari semalam.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kedutaan Malaysia di Jakarta telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Jakarta, Bandung serta Bogor bagi memastikan keselamatan mereka.
Antara kawasan yang dilaporkan menerima impak gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter itu ialah Jakarta, Bogor, Cianjur, Sukabumi dan Bandung di Jawa Barat serta beberapa wilayah di Jawa Tengah.
"Rakyat Malaysia diminta sentiasa tenang dan mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini," demikian menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia di Indonesia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi e-mel [email protected] atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036. -- Bernama
BACA: Warga Jakarta tenang, beratus rumah dilaporkan rosak akibat gempa di wilayah Sukabumi
Topic Berkaitan
#bandung
#Bogor
#gempa bumi
#Indonesia
#sukabumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan