[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Rantau Jepun

Bernama 06/09/2018 | 00:50 MYT
Anggota polis dan pekerja penyelamat menjalankan kerja-kerja mencari mangsa di sebuah bangunan yang rosak akibat tanah runtuh susulan gempa bumi kuat di bandar Atsuma, pulau Hokkaido, Jepun, 6 September 2018. Foto Kyodo / via REUTERS
Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Hokkaido, Rantau Jepun, pada kira-kira 2.08 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan hari ini, pusat gempa itu terletak di 42.7 darjah Utara dan 142.3 darjah Timur, kira-kira 79km dari Timur Sapporo, Jepun dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu, bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

-- BERNAMA
#gempa bumi #Hokkaido #Jabatan Meteorologi #Jepun #Malaysia