MALAYSIA
Gempa bumi kuat landa Leyte, gegaran turut dirasai di Sandakan - MetMalaysia
Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter berlaku di Leyte, Filipina pada 9.59 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Sandakan, Sabah.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berkenaan berlaku pada jarak kira-kira 50 kilometer (km) barat laut dari Ormoc, Filipina dengan kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran itu untuk mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8.
-- BERNAMA