Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat

Gempa bumi lemah berlaku di perairan Batu Pahat
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.

JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

Advertisement

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Mereka yang merasai gegaran itu juga diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan ini https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video