MALAYSIA
  
            Gempa bumi lemah berlaku di Segamat
Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi. - Foto Sinar Harian
            
      JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.
"Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.
Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.
-- BERNAMA