awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi lemah dikesan di Tawau

Bernama
Bernama
05/12/2024
01:50 MYT
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Gegaran dirasai di sekitar Tawau, bagaimanapun jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata tiada kejadian tidak diingini berlaku. - Ilustrasi oleh Astro AWANI
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah bermagnitud 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Tawau pada 4.54 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km), iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
"Gegaran dirasai di sekitar Tawau," menurut kenyataan itu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata tiada kejadian tidak diingini berlaku akibat gempa bumi itu.
Sementara itu di Tawau, seorang peniaga Anna Benjamin, 63, berkata gegaran dapat dirasai oleh dia sekeluarga yang berada di kawasan Tanjung Batu Laut, ketika waktu subuh tadi.
"Tidak lama (bergegar) dalam lima saat begitu. Tiada apa-apa yang rosak bila saya dan keluarga periksa. Doakan kami semua di Tawau selamat," katanya.
Pemilik kedai makan Asmah Anit, 48, berkata dia dapat merasakan gegaran itu kira-kira lima saat di rumahnya di Taman Ria Height.
"Rumah saya atas bukit, ada rasa macam kena goncang jugalah pada subuh tadi. Anak saya pun ada rasa juga," katanya.
Pekerja am Mohd Izhan Hassan, 32, berkata dia merasakan gegaran kira-kira dua hingga tiga saat ketika berada di kawasan Kolej Vokasional Tawau pada waktu sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Tawau
#MetMalaysia
#gegaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan