Gempa bumi lemah landa Lahad Datu

Astro Awani
September 27, 2020 15:59 MYT
Pusat gempa bumi tersebut terletak 5.0 Utara dan 118.6 Timur dengan kedalaman 9 kilometer, iaitu 28 kilometer dari Timur Lahad Datu, Sabah.
KUALA LUMPUR : Gempa bumi lemah dengan magnitud 3.0 pada skala Richter melanda Lahad Datu, Sabah pada pukul 11.10 malam tadi.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 5.0° Utara dan 118.6° Timur dengan kedalaman 9 kilometer, iaitu 28 kilometer dari Timur Lahad Datu, Sabah.

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 pada skala Richter telah berlaku di Lahad Datu, Sabah pada pukul 11:10 malam, 27 September 2020. Pusat gempa bumi tersebut terletak 5.0° Utara dan 118.6° Timur dengan kedalaman 9 km. 28km dari Timur Lahad Datu, Sabah.#gempabumiMETMalaysia pic.twitter.com/Z5kD3KrSs6

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@malaysianmet) September 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Twitter #Lahad Datu #gempa bumi