Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi magnitud 3.1 dikesan di perairan Batu Pahat

Gempa bumi lemah telah berlaku di Perairan Batu Pahat pada jam 4:12 petang, 25 Ogos 2026  Koordinat : 1.7° Utara dan 102.8° Timur Magnitud : 3.1 Jarak : 104km Barat Laut dari Tanjung Balai-Meral,Indonesia dan 18km Barat Daya dari Batu Pahat,Johor Kedalaman : 10 km  Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Kredit: Malaysian Meteorological Department
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat. -Foto Facebook
Advertisement

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang tadi.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, kira-kira 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.

“Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement